Hubungan Sisi, Bucu Dan Penjuru Poligon
Sambil mengisi masa terluang penulis melihat kembali nota Matematik Tingkatan 1. Entah ada beza dengan sukatan pada masa zaman penulis, tak dapat penulis pastikan. Bila sampai di tajuk poligon, penulis pun tengok senarai sisi, bucu dan penjuru poligon. Lepas tu penulis fikir, kalau macam ni kena hafal ke. Hmm penulis pun cuba-cuba congak formula yang boleh dipakai untuk memudahkan mengingat semua ni. Dan penulis pun terfikir formula di bawah.
Penjuru Poligon = BPB x (BS/2)
BPB = Bilangan penjuru perbucu
BS = Bilangan sisi
Bilangan penjuru perbucu pula dapat di cari dengan formula
BPB = BB - 3
BB = Bilangan Bucu
Atau Bilangan Penjuru perBucu bermula pada segitiga dimana bilangannya 0, diikuti segiempat iaitu 1, pentagon sebanyak 2, heksagon sebanyak 3 dan seterusnya.
Comments
Post a Comment